Saturday, December 27, 2008

Sepetang berlari di pantai

Petang ni..balik dari bertugas,bagi meregangkan otot-otot badan ,teman berlari-lari anak dipantai.Musim ini musim ketujuh,ombak sememangnya kuat memukul pantai.Tapi pada petang ni ombak tak seberapa kuat.Ramai anak-anak kecil bermain dan bermandi manda.
Dan..bila teman nengok anak orang teringat anak teman...bak kata orang bila nengok anak orang macam anak kita..tapi idak ler pula bila tengok bini orang macam bini kita.Bila nengok budak isap botol...tersentuh jiwa kebapaan..dan bila nengok mak budak..timbul jiwa kejantanan.
Teman masih lagi menghitung hari..dan yang mengelikan teman diperantauan ini..hampir hampir teman dah tak tau hari.teman lupa hari ini hari apa,esok hari apa dan semalam hari apa.Kata di dema kepala dah berat.
Teman menanti kalau-kalau sepanjang musafir ini,ada yang sudi bersedekah,seumpama seorang pemimpin PKR di negeri teman.Untung juga jadi pemimpin..
Banyak coretan yang teman nak kongsi..tapi..tunggu sebab di ketika ini..tak seberapa sesuai..kerana banyak..mata yang memandang..banyak telinga yang mendengar..banyak lidah yang berkata...

Tuesday, December 23, 2008

Tiada Mengelikan

Seminggu,duat dan tiga minggu ni,mungkin sibuk sikit..mungkin tak sempat nak menaip,memerah otak,memikir apa-apa yang patut dan mengeletek dan mengeli fikiran orang.
Nak bermanja dengan anak-anak dan isteri pun tak dapat.
Maklumlah bekerja luar kawasan,meninggalkan kampung halaman,rakan,taulan,jiran dan sanak saudara.Merantau mencari rezeki.
Tapi..insya allah..kalau ada ruang..bolehlah berkongsi pandangan tapi bukannya berkongsi pendapatan.
Disini..teman sentiasa membilang hari..menghitung waktu..untuk bersama teman-teman di lokasi...

Thursday, December 18, 2008

Bahasa Melayu dibumi Melayu


Teman ringkaskan pandangan,tak payah mukaddimah,kita terus kepada isi.Isi la yang sedap dan penting kpd kita.Kalau panjang pun tak guna jika dibaca tebuk2...
Kalau pendek sangat pun tak sedap juga..yang baiknya..sedang sedang ajerrr..
Ada cadangan dari pemikiran ahli parlimen kedai kopi yang teman sering berkunjung..berlabun dan menyentuh isu-isu semasa..antara topik bual bicara yang disentuh dan tercuit ialah mengenai bahasa melayu..
Semalam presiden MIC telah membangkitkan mengenai pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa ibunda.

Nampak sangat..orang dah boleh mempermainkan kredibiliti menteri dan juga kerajaan.
Ada juga cadngan supaya Bahasa Melayu didaulatkan dibumi Melayu ini.

Caranya melalui media massa elektronik spt radio dan tv.Semua siaran berita dalam bahasa Melayu.Nyanyian,hiburan dan filem boleh dalam bahasa-bahasa lain.Tiada lagi berita dalam bahasa tamil,mandarin dan inggeris.TV memainkan peranan penting dalam meperjuangkan serta mendaulatkan bahasa Melayu.

Betul juga..di Thailand..semua siaran dalam bahasa thai..termasuk filem hindustan pun dalam bahasa thai.

Wednesday, December 17, 2008

Pandangan Seorang Jiran


Semalam teman bersembang dengan seorang jiran.Jiran teman ni orang kampung,kerja menoreh getah dan juga kelapa sawit.Dia ni tak membaca surat akhbar,hanya menonton tv dan astro.Umur masih muda lingkungan bawah 40an,telah beristeri dan mempunyai 2 orang anak.
Entah bagaimana pada malam tadi..beliau keluar dari rumah..mungkin panas kut dalam rumah..dengan berkain pelikat tanpa baju,datang ke laman rumah teman.Teman pun berkain pelikat tanpa baju yang sedang berada di hadapan tv menonton puteri salju..terus menerpa ke pintu menyambut salam.Bila tidak berbaju nampak perut teman yang menyerupai hamil 5 bulan.Teman terus keluar dan bersembang di laman rumah dibawah pohon bersaksikan bintang dan bulan.
Jiran teman terus memulakan labun dengan kejatuhan harga komuditi getah dan kelapa sawit.Teman terdiam tak tahu nak cakap aper dan menggunakan kaedah pendengaran.
Dia terus komen..sepatutnya kerajaan ada dana khas untuk membantu orang-orang kampung..Teman kata saboor..
Jiran teman terus berlabun..dan akhirnya beliau memberi pandangan..tengok kerajaan negeri sekarang ini.Sepatutnya kerajaan negeri tolong rakyat,buktikan negeri berkebajikan,bantu pekebun-pekebun kecil dan orang -oarang kampung.Ini tak..baru dapat jawatan terus nak tukar kereta baru.Apa salahnya pakai kereta lama dan tadbir negeri dan rakyat jadi makmur dan ekonomi rakyat baik.Tunaikan lah janji...
Kalau beli kereta tempatan,duit negara tak mengalir keluar..bila kita beli kereta luar dah tentu duit kita mengalir keluar..betapa rugi dan membazirnya kita.Kalau nak baru..beli kereta baru buatan tempatan...dapat juga kerajaan untung.
Teman angguk dan berkata dalam hati..hebat juga simamat ini.
Jiran teman terus sambung..tengok kelantan..Nik aziz dah lama perintah kelantan..tak ada pun keluar isu nak tukar kereta..ini baru 8 bulan perintah..dah nak tukar kereta baru..
Teman terus bersemangat..dan sempat menjolok lagi..kalau-kalau ada isu panas..
Jiran teman terus berlabun..orang kita ni..suka sangat tabur fitnah.Kita tak tahu..tapi seronok bercakap dengar khabar angin.
Kaki teman digit nyamuk tapi harap bukannya pembawa chikungunya..dan kain pelikat teman dah hampir ke paras lutut asyik kena gulung..cubala bayangkan..

Tuesday, December 16, 2008

Wasiat Raja-Raja Melayu dan Ketuanan Melayu siri 1


“Jika kita ingin memahami orang Melayu, kita perlu tinggal di negerinya, bertutur bahasanya, menghormati agamanya, meminati apa yang diminatinya, melayan apa yang disukai dan tidak disukainya, bersimpati dengannya dan menolongnya dalam kesusahan, sama-sama merasai keseronokan dan mungkin juga menanggung kerugiannya. Hanya dengan kepercayaannya inilah kita dapat memahami jiwanya dan pengetahuan seperti ini hanya boleh didapati oleh orang yang diberikan peluang tersebut dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.”

Ungkapan ayat di atas bukanlah lahir daripada cendekiawan Melayu, tetapi daripada seorang lelaki asing, Sir Frank A Swettenham, Residen-Jeneral British pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu, dipetik dari bukunya, ‘Malay Sketches’.

Dimana langit dijunjung,disitu bumi dipijak.Amat relevan sekali.Malaysia adalah bumi yang dikenali sebagai tanah melayu ataupun persekutuan tanah Melayu.

Amat sesuai sekali dengan wasiat raja raja melayu sebagaimana berikut:-

wasiat Raja Raja Melayu yang telah dimaktubkan pada 31 Ogos 1957.

Wasiat tersebut mempunyai tujuh (7) perkara seperti berikut:-

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)

2. Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini.

5. Kami tetapkan ISLAM ialah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Oleh itu kepada kita jangan gusar kerana bumi ini adalah milik kita yang bernama Melayu.Oleh itu jagalah bumi kita,dan pimpinlah agar kita,anak-anak kita selamat dan kepada kaum lain yang cemburu kepada Melayu.Ketuanan Melayu adalah dibumi Melayu dan pokok tidak akan tumbang jika tidak dikapak dengan hulunya dari kayu.
Kita carilah pemimpin sebagaimana orang Melayu berpantun,
Kalau mandi carilah teluk dan pantai
kalau mencari pemimpin,carilah yang elok dan pandai.

Elok perangainya,elok sikapnya,elok budinya,elok pegangangnya,elok sgalanya,dan pandai mengurus,mentadbir,memimpin dan pandai mengatur rakyat untuk bahagia di dunia hingga akhirat.

Wednesday, December 3, 2008

Urutan kasih rahsia Wook


Pasangan Mohd. Nor Musa dan Wook Kundur menatap gambar perkahwinan mereka.

Urutan kasih rahsia Wook

DALAM usia 15 tahun Wook Kundur, 106, sudah mula menoreh getah. Satu hari dia boleh menoreh tiga ekar kebun seorang diri. Setiap hari kata Wook, dia bangun pukul 4 pagi untuk ke kebun dan balik rumah pukul 12 tengah hari setelah selesai memesin getah.

Itu hanya sebahagian daripada kisah hidup Wook yang menggemparkan negara kerana bernikah dengan lelaki muda Mohd. Nor Musa, 37, tiga tahun lalu.

Banyak lagi yang menjadi rahsia dalam kehidupannya sejak muda hingga kini lebih-lebih lagi apabila dia berjaya menawan hati seorang lelaki yang 69 tahun lebih muda daripadanya dan kini hidup bahagia. Apakah keistimewaan warga emas ini?

Wartawan NORMALA HAMZAH berkunjung ke rumah Wook di Kampung Tok Bat, Kuala Berang, Hulu Terengganu bersama jurugambar, MOHD. FAUZI BAHARUDDIN untuk menyelami perasaan warga emas itu mengenai rumah tangganya bersama Mohd. Nor.

wook memeng hebat..dan teman memang terasa geli..geli..geliiiiii
kalau la teman..tak tau la cam ner..
Depan rumah teman ada warga emas dan teman ada bersembang dengan jiran teman yang sekarang ni umurnya 80th lebih..dia nie perempuan,dan mempunyai bekas suami seramai 8 org.Teman sembang pasal wook..dan dia tersenyum dan terus menjawab..wook ni mesti pakai ilmu..kalau tak macam ner nak bagi suaminya suka kan dia..
teman nie peramah ler..tanya lagi.."ate apa ilmunya yang dipakai tuuu.."..jawabnya..tak tau ler opah..entah ler..tapi ilmu..bila orang tengok nampak muda ler gamaknya..dia pun gelak..teman tanya lagi..ate pah dulu ader ke makai..biaser ler...ate bagi ler kume nie...buat ape..dah ada anak bini..jaga lah anak bini elok elok..teman nie pah bukan aper..kalau boleh nak dua ke tiga ker..(sambil gelak -gelak kecil)hihihii..
hiii..kamu..benda macam tu tak yah nak minta laaa..jangan dicari..kalau ada retaknya..tak lari..teman pun gelak-gelak kecil tanda kemesraan.
Dulu teman ada berkawan dengan orang berkawin lebih satu..antara petua atau retak orang kawin lebih dari satu nie..apablia makan nasi..ada nasi lebih tersangkut kat dagu..itu tandanya ada retak kawin dua..

Tuesday, December 2, 2008

Pemimpin melayu perlu berani

Melayu perlu ilmu tinggi elak dipertikai kaum lain
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin



KUALA TERENGGANU: Orang Melayu perlu kuat, berilmu tinggi dan berkeupayaan mengatasi perjuangannya tanpa kelemahan jika mahu melihat Ketuanan Melayu terus kukuh dan tidak dijadikan pertikaian mana-mana pihak, termasuk kaum lain di negara ini," kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, orang Melayu juga memerlukan individu atau pemimpin yang berani menyatakan sesuatu mengenai Ketuanan Melayu jika tidak mahu terus ‘dipukul’ oleh pihak lain yang melihat Melayu semakin lemah dan tidak lagi gagah seperti sering diperkatakan.
"Akhir-akhir ini yang berani bercakap pasal ketuanan semua balik kepada Sultan, Raja-raja kita, di mana orang politiknya? Mesti ada golongan ini (orang politik) yang berani menyatakan sesuatu dan tidak lagi hanya berkata jangan cakap ini, jangan cakap itu.

"Kalau kita tidak lahirkan perkara sebenar hari ini, kita akan terus dalam keadaan dipukul oleh mereka yang menyatakan awak (Melayu) tidak segagah itu. Sekiranya Melayu kuat, berilmu tinggi dan boleh mengatasi perjuangannya tanpa kelemahan, bukan saja bangsa kita, bahkan orang lain juga akan hormat pada kita.
“Tetapi, kalau kita lemah seperti pokok condong, kura-kura pun naik. Dulu pokok orang Melayu berada dalam kedudukan yang tegak, usahkan kura-kura, monyet pun tidak berani naik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Dalam Komunikasi Era Globalisasi anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, semalam. Hadir sama Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Dr Hassan Ahmad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof Dr Abdul Majid Mat Isa.

Katanya, soal Ketuanan Melayu tidak boleh dikaitkan dengan pandangan politik kerana ia berasal daripada pensejarahan kesultanan Melayu yang menjadi payung junjungan rakyat negara ini dan tidak boleh disebut ketuanan dalam bentuk parti politik lain.

"Hal ini jangan kita cucuk pada pandangan politik. Istilah Ketuanan Melayu itu berasal daripada pensejarahan Sultan Melayu dan bagi orang Melayu, ketuanan bagi mereka ialah Sultan yang memerintah sesebuah negeri. Jadi kita tidak boleh sebut ketuanan dalam bentuk MIC dan MCA," katanya.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, beliau yakin kepemimpinan dalam parti selepas Perhimpunan Agung Umno pada Mac depan akan membawa pembaharuan, sekali gus menangani masalah Ketuanan Melayu dan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi pertikaian banyak pihak ketika ini.

Monday, December 1, 2008

PPP ugut nak keluar BN mengelikan


Presiden parti Dato' M Kayveas telah dilaporkan bahawa pendirian tersebut diambil setelah bahagian-bahagian Wanita dan Pemuda mengemukakan permintaan bagi mansuhkan ISA kepada PPP.
Jika begitulah..maka teman bertepuk tangan diatas pendirian PPP.Kalau nak kluar,kluar ajer..jangan ugut-ugut.bak kata orang.."dah ngatuk di usung bantai ".
Kalau betul PPP nak Kluar..tidak percaya pada BN..kluarlah..bak kata orang..pokok jatuh kura-kura pun nak panjat.
PPP jangan nak bermain sandiwara..dan kepada orang-orang PPP..jangan takut pada presiden..lawan M kaveas..dia dah lama jadi ketua dalam PPP.Apa yang dia bawa..tiada apa melainkan perjuangan untuk diri sendiri jadi ahli parlimen,jadi timbalan menteri dan menteri.Teman berpandangan secara peribadi..kalau PPP nak keluar..maka keluar la..biarla si luncai terjun dengan labu labunya.
Dan teman cadangkan..kalau sapa-sapa nak keluar pun boleh..MCA,MIC dan sapa-sapa boleh keluar..tinggalkan UMNO keseorangan.
Dan kiranya orang melayu sayangkan melayu..ayuh..pas dan umno bersatu..wujud pakatan baru..kerana apa nak diharap pada pagar.
Pas juga telah dipermainkan,dipersendakan oleh rakan sekutu PKR dan DAP.UMNO juga telah ditertawakan..moh kita bersatu dengan nama ketuanan Melayu,kita ajak UMNO,PAS,AKIM dan juga Ibrahim Ali..bernaung dengan pakatan baru,barisan baru..
tapi ini sekadar mengelikan ajer..

BERPADA - PADA LER


Semalam...seperti rutin biasa..selepas maghrib,teman bersama anak-anak mengaji mukaddam..dan pada malam tadi..anak-anak teman yang berumur 5 & 6 th berkata malam ni tak mahu tidur awal sbb nak tengok yaya..cerita ni memang menjadi minat kpd anak-anak teman.Cerita seorg lelaki tangan beso apabila makan papaya.
Teman layan juga la..gelagat zul yahya..yang betul bendul..dan kira berjaya jugalah menghidupkan watak pepaya.
Bila habis cerita tu..teman pun beralih ke tv2,menyaksikan filem lagenda..cerita lama..sesuaila..dgn selera teman ni..teman tak tau apa tajuknya..tapi yang menariknya,bila teman buka..terus kisah puteri raja dipatuk ular,hadirlah bomoh istana menjampi serapah kaki puteri raja yang dipatuk ular,dan tak sembuh-sembuh juga.Akhirnya raja pun mengwar-warkan kepada seluruh rakyat jelata,barang siapa yang boleh menyembuhkan puteri raja,maka balasannya berkahwin dengan peterinya..maka muncullah seorang pemuda kampung,minta izin untuk mengubat puteri raja dan sebelum pemuda ini ke istana ,beliau mahu balik kerumah dulu,memberitahu kepada neneknya.
Neneknya merestui dan berpesan kepada cucunya dgn berkata
"baik-baik menanam ubi,jangan sampai menjadi kayu,
baik-baik menabur budi,yang sampai mendapat malu"
Inilah dia falsafah yang nak teman kongsi bersama,pesanan orang tua-tua,yang perlu kita hayati,dikaji dan diuji.
Adalah menjadi resam orang,kadang-kadang cuka dibalas tuba,disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga,seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya berlumpur dan disebabkan kukur,nyiur kena parut.

Sunday, November 30, 2008

JANJI YANG MENGELIKAN


Dulu menjanjikan untuk menubuhkan kerajaan baru pada 16 sept..riuh hingga pelusuk ceruk rantau dan kampung melabunkan perkara ini.Tak terkata pemimpin-pemimpin akar umbi..apa nak dikata..dema telah berlabun begitu rupa..kini baru kite sedar..bak kata sahabat teman si sangkuriangp.."hujannya tak seberapa tapi licinnya lebih"..dan teman juga ingin menceritakan peristiwa yang berlaku di dalam dewan sebagaimana laporan di http://www.perakbn.com.my/index/news/119.html..
Pemerhati yang hadir (bergantung kepada fahaman politik masing-masing) mengikuti persidangan adakalanya terhibur dengan gelagat-gelagat ahli Dewan daripada kedua-dua belah dalam insiden “kena-mengena” antara satu sama lain.

Banyak insiden lucu yang berlaku tetapi yang paling menggelikan hati adalah apabila exco Pembangunan Industri dan Penerangan Tai Sing Ng (PKR-Kuala Sepetang) menampakkan kebodohan beliau secara terang-terangan dengan mengaku tidak tahu akan perkataan MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) yang berada di bawah portfolio beliau sendiri.

Apapun, yang penting persidangan Dewan kali ini berjaya membuka mata banyak pihak akan kepincangan pentadbiran kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat yang sering mengkritik BN.

Benarlah seperti kata mantan Menteri Besar:- “Mentadbir kerajaan bukanlah semudah berhujah dan berceramah di tepi-tepi jalan,”

Dengan nada sinis, Tajol Rosli mengingatkan kerajaan Pakatan Rakyat - “bikin tak sesenang cakap, cakap tak serupa bikin".

Kepada kekawan teman mengapa diam,tak terkata bila pemimpin mereka mendapat sedekah..kalau gitu teman pun nak juga menerima sedekah..

CINTA YANG MENGELIKAN


HULU TERENGGANU 26 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.

Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.

Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.

"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.

"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.

Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.

"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.

"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya.

Wook berkata, sejak muda dia melakukan amalan mengurut diri sendiri untuk memastikan tubuhnya sihat selain sentiasa lapang dada dalam menghadapi apa juga cabaran hidup.

Sepanjang usianya, wanita itu berkata, banyak pahit maung dialaminya, namun dia sentiasa berfikiran positif dan percaya semua masalah mampu diatasi dengan keimanan.

Menurutnya, dia pernah menghadapi saat kematian berbelas-belas suaminya dan menjadi ibu tunggal dalam tempoh tertentu namun semua itu dihadapinya dengan tabah.

"Saya ada lebih 20 anak, berpuluh cucu, berbelas cicit. Ada yang dah balik (meninggal dunia) lebih dulu daripada saya. Saya akan terus senyum (ceria) dan mahu habiskan baki usia ini dengan amal ibadat," katanya.

Menurut Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin.

Thursday, November 27, 2008

MENILAI PERIBADI BUAH

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jad ilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah....
Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

Wajah wajah PAS/PKR yang mengelikan




Apakah watak-watak sebegini,boleh kita jadikan ikutan untuk memimpin negara ini.Agama menyuruh kita perbaiki akhlak supaya kita menjadi insan kamil,manusia yang bernilai baik di dunia ataupun di akhirat.Untuk berdakwah kita perlulah berdakwah kepada diri kita sendiri..sebagaimana nabi muhamad saw..menyuruh sahabatnya mencukur rambut lalu sahabatnya tidak mahu bercukur,dan berkatalah aishah kepada rosul,bagaimana para sahabat mahu bercukur sedangkan pemimpinnya tidak bercukur.Dengan itu juga nabi mencukurkan kepalanya,dan barulah diikuti oleh para sahabat.Inilah contoh tauladan yang sangat baik yang patut menjadi ikutan oleh umat Islam dan juga para pemimpin.Khutbah jumaat juga mengajarkan peraturan supaya imam terlebih dahulu memberi nasihat kepada diri sendiri sebelum menasihati orang lain.
Apakah watak-watak sebegini kita harapkan pada pemimpin yang mengaku berakhlak,dan ingin mengamalkan sistem Islam secara syumul.Mana hilangnya aurat..sedangkan kita ketahui bahawa suara juga aurat...
Kadang-kadang teman rasa geli bila melihat cakap tak serupa bikin dan untuk dia tak apa,untuk kita tak boleh..

Menilai sikap seorang MB

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
(WARTAWAN UTUSAN)
''GO...go''...''Woi, mari sini. Saya nak memory card kamera tu.'' Dua kata-kata ini bukanlah dilafazkan oleh orang biasa atau lebih tepat lagi insan di jalanan yang tidak mempunyai apa-apa jawatan penting dalam kerajaan mahupun swasta.
Sebaliknya ia dilafazkan oleh seorang bertaraf Menteri Besar yang berkuasa di sebuah negeri. Demikianlah gambaran tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin yang bertindak di luar dugaan kelmarin apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya.
Kejadian berlaku ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam semasa sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di dewan makan Bangunan Perak Darul Ridwan.
Ketika Mohammad Nizar yang mewakili sebuah parti yang memperjuangkan Islam iaitu Pas bertindak begitu emosional, pada hari yang sama seorang wakil rakyat DAP bertindak sebaliknya.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dipaparkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris begitu tenang menerima surat tuntutan tersebut. Beliau tidak menghalang jurugambar menjalankan tugas mereka.
Persoalannya, kenapakah Mohamad Nizar begitu emosional sehingga bertindak di luar kesopanan sebagai seorang pemimpin pembesar negeri?
Sejak 1991, penulis sudah beribu kali membuat liputan mengenai pemimpin Pas termasuklah aktiviti Presiden parti seperti Allahyarham Datuk Fadzil Mohd. Noor dan kini Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Malah penulis juga sudah terlibat dalam membuat liputan pemimpin-pemimpin kanan Pas yang lain seperti Mursyidul Am, Pas Datuk Nik Abdul Nik Mat, tetapi tidak pernah sekalipun pemimpin-pemimpin berkenaan bertindak emosi seperti Mohammad Nizar.
Apa yang lebih mengecewakan, rakan sejawatannya di Kedah yang juga dari Pas, Datuk Azizan Abdul Razak tidak pernah bersikap begitu kasar seperti mana Mohammad Nizar.
Ketika penulis menghubungi beberapa pemimpin dan ahli Pas bertanyakan pandangan berhubung tindakan Mohammad Nizar itu, mereka bukan sahaja terkejut malah benar-benar kecewa dengan Menteri Besar Perak tersebut.
Ini kerana Mohammad Nizar membawa imej Pas dan alasan tindakan tersebut mungkin kerana berada dalam tekanan boleh dipertikaikan.
Kalau itu hendak diambil kira, bagaimana dengan Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz dan Azizan. Ketiga-tiga pemimpin ini pernah mengalami tekanan yang maha hebat daripada pelbagai sudut termasuklah daripada media tetapi pernahkah mereka melakukan tindakan seperti mana Mohammad Nizar?
Ketiga-tiga pemimpin berkenaan sentiasa menghormati peranan media, jika ada perkara yang tidak puas hati mereka akan memberi penjelasan, mereka tidak akan emosional dalam bertindak.
''Saya berharap Mohammad Nizar akan belajar daripada ketiga-tiga pemimpin Pas tersebut, jangan terlalu emosional dalam berhadapan dengan media,'' kata seorang pemimpin Pas ketika dihubungi.
Layanan
Sebenarnya jika mengimbas kembali rentetan layanan Mohammad Nizar terhadap akhbar Melayu terutamanya Utusan Malaysia, apa yang dilakukan oleh beliau hakikatnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Sejak awal pemerintahan lagi Mohammad Nizar tidak menyenangi laporan-laporan Utusan Malaysia biarpun apa yang dibentangkan berasaskan fakta dan realiti.
Mohammad Nizar merupakan antara kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang memboikot akhbar ini selain Selangor tetapi di Kedah, Azizan lebih matang dalam berurusan dengan media.
Azizan pernah memberitahu media bahawa beliau tidak kisah apa pun yang dilaporkan, kalau betul sesuatu berita itu, beliau akan siasat perkara yang dibangkitkan dan kalau laporan tidak tepat beliau akan menegurnya.
Begitulah sikap seorang pemimpin yang matang dalam berpolitik, apatah lagi apabila sudah menerajui sebuah kerajaan negeri. Mohammad Nizar seharusnya lebih matang tetapi beliau seolah-olah melihat Utusan Malaysia ibarat 'musuh kamu yang paling nyata'.
Apa pun keadaannya tindakan Mohammad Nizar boleh mencemarkan imej Pas sebagai sebuah parti yang sentiasa bersikap terbuka dengan media.
Ketika pakatan pembangkang mencapai persetujuan untuk memboikot Utusan Malaysia, barisan kepimpinan tertinggi Pas memutuskan membenarkan akhbar ini membuat liputan muktamar parti tersebut yang berlangsung di Ipoh.
Berdasarkan kepada apa yang berlaku adalah jelas terlalu banyak yang perlu Mohammad Nizar pelajari. Sebagai seorang Menteri Besar dan mempunyai latar belakang akademik dan agama yang baik, beliau seharusnya tidak bertindak seperti insan-insan tidak berpelajaran di jalanan.
Jadilah seorang pemimpin Islam yang sentiasa menghormati tata susila dan tidak seharusnya memaparkan tindakan yang akan dianggap angkuh dan sombong.
Mungkin dalam soal ini, kepimpinan Pas harus memberi teguran dan nasihat kepada Mohammad Nizar bahawa jawatan Menteri Besar yang disandangnya bukanlah segala-galanya, apatah lagi jika ia diperolehi berdasarkan situasi 'nasib sahaja'.
Mohammad Nizar tidak perlu merasa tertekan dengan laporan-laporan media apatah lagi bertindak memusuhi mana-mana media.
Kalau ada perkara yang dibangkitkan oleh sesuatu media itu tidak tepat sebagai seorang pemimpin, beliau harus bersedia membuat penjelasan.
Mohammad Nizar perlu belajar dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Pas yang sentiasa memahami tugas media.

Wednesday, November 26, 2008

Petang yang mengelikan


Petang ni teman cukup banyak masa untuk menulis dan juga meneroka blog teman-teman seprjuangan.melihat dan blajo dari teteman yang lebih dulu bijaksana dan bijaksini.
Terima kasih kepada semua kekawan dan juga teman-teman.

Siang kedua


hari ini..siang kedua teman blajo ..banyak yang dapat..tapi tak tahu ler apa yang dapat..cuma terasa geli-geli aje..

Tuesday, November 25, 2008

aku geli dalam pelukanmu



betapa romantiknya..tapi aku geli..

kira ok lerr


ok le...
bio kita geli org jgn kite kena geli...

GELIMAT

siang pertama


ye ye ye..ini hari pertama teman blajo membuat blog..best gak
tapi penat juga..bila buat..tak jadi..jadiiiiiiiiiii...
terima ks pd Pn Maria yg mengajar untk menjadi blogger ni.