Monday, April 20, 2009

Hidup tanpa hutang

gambar hiasan.
Alangkah indahnya hidup ini,andai kata kita tiada hutang.Tapi apakan daya,kiranya kita tiada hutang,maka tidakla kita merasa.
Betul kata sahabat teman..kita sebagai pekerja,pegi pagi balik petang,cukup bulan bayar hutang.Sekarang ini mana ada yang percuma.Masuk tandas pun kena 20 sen.
Hidup tanpa hutang..kata kawan teman..pegi la hidup dalam hutan..tak payah bayar elektrik,air dan telefon.
Selain dari itu,kita sebagai hamba allah juga perlu menjelaskan hutang.Ada 5 waktu yang menunggu untuk dijelaskan.
Dalam tugas kita seharian,duit memainkan peranan penting.Tak ada duit abang melayang,banyak duit abang sayang.
Kekadang kita yang suka cari penyakit.Tak ada hutang kita cari hutang.Hutang keliling pinggang,cukup bulan gigit jari.Kalau dulu tak ada hutang,sekarang ada hutang.Hutang perlu dijelaskan.

Monday, April 13, 2009

Sebulan telah tidak beroperasi

Hampir sebulan teman tidak mengupdatekan blog ini,terasa geli yang amat sangat.Tak tau nak bermula dimana.
Sebulan teman berkelana,membantu perjuangan satu malaysia di Bukit Gantang.Banyak suka duka pahit manis yang teman dapat.


Pelbagai peristiwa yang menarik tak menarik boleh diceritakan..tapi tak sesuailah di kolom sebegini.Telatah manusia yang berbagai rupa dapat dilihat.