Wednesday, January 28, 2009

Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah disambut sederhana


SULTAN Perak Sultan Azlan Shah telah memberi perkenan agar sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda yang genap 25 tahun pada 3 Feb ini diadakan secara sederhana kerana baginda peka kepada keadaan ekonomi semasa.

Acara sambutan bertumpu kepada yang memperlihatkan sifat kesyukuran kepada Illahi; pentingnya pendidikan dan pelajaran; hubungan mesra dengan rakyat; penghargaan kepada individu yang banyak berjasa dan memberi khidmat setia kepada baginda; menghargai semangat hubungan antara Raja-Raja, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri dan pimpinan kerajaan persekutuan; serta menghargai perkhidmatan setia pasukan pertahanan dan keselamatan negara yang telah menunjukkan sikap pengorbanan dan taat setia yang tinggi kepada Raja dan Negara, demikian menurut Pejabat Sultan Perak Darul Ridzuan dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Acara sambutan yang memenuhi tema-tema tersebut dan diperkenan baginda adalah majlis kesyukuran bacaan Yasin dan tahlil di Majlis Ubudiah, Kuala Kangsar pada 2 Feb, dan istiadat kawalan kehormatan di perkarangan Istana Iskandariah pada 3 Feb.

Pada hari yang sama satu istiadat mempersembahkan ucapan dan taat setia dan istiadat pengurniaan khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 penerima akan turut diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah.

Pada sebelah petangnya, majlis pelancaran setem memperingati Jubli Perak dan pemeran setem akan diadakan di Dewan Bandaran, Ipoh.

Baginda berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Arena Square, Batu Gajah, pada petang 10 Feb sebagai tanda ingatan baginda kepada tempat asal keputeraan dan persekolahan awal baginda di bandar itu.

Baginda juga akan berangkat ke Hari Anugerah Cemerlang Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), yang merupakan "alma mater" baginda.

Majlis Santapan Diraja akan diadakan di Dewan Santapan, Istana Iskandariah pada malam 14 Feb diikuti dengan Majlis Santapan Beradat Pasukan Beruniform di Dewan Khatulistiwa, Wisma Samudera, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada 21 Feb.

"Atas kepekaan baginda untuk tidak membebankan kerajaan, perbelanjaan untuk majlis kesyukuran, darjah kebesaran, majlis Santapan DiRaja dan Majlis Santapan Beradat akan dibiayai oleh Keluarga DiRaja," demikian menurut kenyataan itu.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Raja-raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri dan Sultan Brunei Darussalam dijangka berangkat ke majlis tersebut.

Yang turut diundang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datin Seri Jeanne Abdullah serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Sultan Azlan Shah, yang menaiki takhta pada 3 Feb 1984, merupakan Sultan Perak ke-34 dan antara empat Sultan yang bersemayam di takhta kerajaan mencecah 25 tahun.

Mengikut sejarah Kesultanan Perak, Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua memerintah selama 28 tahun (1549-1577), Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-11 memerintah selama 67 tahun (1653-1720) dan Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah I, Sultan Perak ke-29 memerintah selama 29 tahun (1887-1916).

Menurut kenyataan itu, majlis, surau dan rumah-rumah ibadat digalakkan menganjurkan acara agama berunsur kesyukuran.

"Sebagai lambang kesih sayang dan kesetiaan kepada Sultan, rakyat Perak digalak mengibarkan bendera negeri, terutamanya pada 3 Feb dan bendera persekutuan dan negeri pada 14 dan 15 Feb," kata kenyataan itu.

Tuesday, January 27, 2009

Kasih dan Cinta mengalahkan semuanya.........






Semalam teman menerima email dari seorang sahabat dialam maya..

Tuhan itu maha adil dan maha penyayang, Kisah seorang suami isteri dalam keluarga yang sangat sederhana, melihat tubuh suaminya yang gagah dan perkasa serta sempurna sifatnya,jauh berbeza dengan isterinya yang mempunyai kelainan,dimana wanita tersebut tidak mempunyai kaki sama sekali malahan dari hujung kaki hingga ujung paha bahkan wanita itu tidak memiliki sama sekali pinggul (bagian dari pangkal paha hingga batas pinggang), jadi sulit skali bila duduk karena tida memiliki alas dibawah pinggang dsbnya.,
Tapi kebesaran Tuhan ., wanita tersebut memiliki suami yang cukup gagah,hensem,menawan dan masih muda serta cukup sempurna.
Mengasihi seorang wanita yang mempunyai cacat fizikal dibahagian bawah. mereka sekarang dikurniakan dua orang anak yang sangat sempurna dan lucu sekali.

Wednesday, January 21, 2009

Menyambung kata semangat OTAI


Otai berkata.."itulah kt dah ajar kita...kalau nak jadi yb kenalah suka senyum dan dakap pengundi. bukan kita saja... anak bini kita pun kena buat macam tuuu...umno kini tergugat bukan zon selesa lagi. maka perlu change dalam lakonan kita dengan pengundi...jangan jadi hero sombong dan angkuh!!!!!"
Teman cukup bersetuju dengan pandangan ini.
UMNO mesti berubah dan menerima hakikat bahawa rakyat dan mulai kureng dgn UMNO.Mereka bukan menolak UMNO tetapi menolak pemimpin UMNO.
UMNO telah hilang taringnya..oleh itu UMNO perlu mencari kembali taring yang hilang.
Cuba kita lihat mengapa dulu UMNO disukai oleh orang ramai.UMNO menjadi pilihan utama.Dan kini..PAS dan PKR menjadi pilihan.MENGAPA ?.Apa kekuatan parti ini.
Kalau dilihat pada kuatnya pokok adalah kerana akarnya.Kemana condongnya dahan begitu juga arah tuju akarnya.
PAS dan PKR menjadi pilihan ialah kerana mereka parti rakyat.Parti orang kampung.Parti yang boleh menerima orang kampung.Orang kampung yang saling beramah mesra.guraunya macam nak gaduh,selokanya sampai menangis,bertepuk bahu,menyingsing lengan,bergotong royong,mengali kubur,sedih bersama..
Amalan inilah yang membuatkan UMNO dahulu menjadi pilihan.Semua melayu ingin bersama UMNO dan inilah taring UMNO..
Tapi kini..UMNO telah menjadi golongan elit..partai vip..tawa mereka dikalangan korporat,vip..senda mereka mentertawakan golongan marhain,kenduri di swastakan,menjenguk sekadar saat cuma,masa dihabis di meja mesy,bergelak ketawa di kedai kopi..surau masjid dijauhi..mengunakan wang untuk naik ,berkereta besar dan isteri besar..dan macam-macam lagi.
Rakyat memilih parti yang dekat dengan mereka..mudah mengadu..mereka tidak mengharapkan wang..yang mereka mahu budibahasa..macam duludulu..parti orang kampung.
Bak kata hj hadi..kita bukannya menolak pembangunan tetapi kita menolak UMNO..
walaubagaimanapun teman tetap UMNO..sekadar ahli.

Tuesday, January 20, 2009

Letih,Penat dan mengembirakan


Hampir sebulan teman ke negeri orang.Banyak pengalaman yang dapat.Betullah kata orang-orang tua..banyak berjalan luas pengalaman.
Keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu telah pun diketahui dimana PAS telah berjaya mengalahkan BN.Benarlah kata TPM bahawa sekarang ini pengundi dah matang dan bijak memilih pemimpin.Rakyat tidak mahu disogokkan dengan pelbagai projek pembangunan dan yang penting bagi rakyat ialah pemimpin yang dapat bersama mereka..susah sama susah..senang sama senang.Dimana ada rakyat di situ ada pemimpin.Kemesraan bukan dibuat-buat tetapi sepanjang waktu.
Hampir sebulan teman tak bermanja dengan anak isteri.Betul kata orang tua-tua sayangkan isteri tinggal-tinggalkan..sayangkan anak tangan-tangankan.Bila berjauhan terasa kerinduan yang amat sangat.Bila dah berjumpa..erm..macam pengantin baru..kenangan malam pertama berulang kembali...dan kalau ada lagi misi,visi untuk agama,bangsa dan negara..sudah tentu akan pergi lagi.
Anak2 semuanya gembira..menyambut kehadiran ayahnya..dan walaupun badan letih dan penat..namun bila dapat mendakap dan bermain dengan anak2..hilang rasa semua keletihan.Terima kasih kepada isteriku yang memehami sangat tugas suami dan juga anak-anak.
Pesanan kepada kekawan yang masih bujang..lekas-lekaslah kawin.

Friday, January 2, 2009

Melangkah ke tahun 2009

Tahun 2008 telah selamat di tinggalkan dengan seribu kenangan manis,masam,kelat,pahit dan tawar.
Tahun 2008 cukup bertuah bagi teman..sebagai seorang marhain dan hamba kepada tuhan yang satu.
Teman cukup bersyukur kerana dilimpahi berbagai nikmat yang dianugerahkan.Mungkin juga teman menumpah tuah pada angka 8(pa) yang membawa maksud kaya bagi kepercayaan cina.Tapi teman idak ler percaya..tapi sekadar kebetulan ianya membawa tuah kepada diri teman ini.
Antara yang teman rasa cukup bertuah ialah :
1.teman dikurniakan cahayamata ke3,yang merupakan hero bagi teman setelah pertama dan keduanya puteri.
2.teman masuk rumah baru..walaupun tidak setaraf banglo.Sekadar rumah mesra rakyat.
3.teman dinaikkan pangkat..kanan..menumpang rezeki anak2.
4.dicalonkan untuk anugerah angkasapuri..tapi tidakla berjaya..
5.teman naik pangkat tapi tidak ditukarkan..itupun anugerah juga..
sebenarnya..banyak lagi..tapi tak sempat nak tulis..sebab ada pangilan...
Yang menyedihkan pada tahun 2009 ini..ialah teman tak dapat menyaksikan kedua anak-anakku ke sekolah tanpa ayahnya.Ayahnya berkhidmat untuk negara,bangsa dan agama.
Kesian pada ayong dan angah..