Sunday, March 1, 2009

MENABUNG DAN BERLINDUNG


Tahun ini merupakan tahun kemelesetan ekonomi.Bukan negara kita sahaja tetapi seluruh dunia.
Alangkah eloknya tahun ini dan selamumanya kita mengamalkan sikap cermat,jimat dan berbelanja berhemah.Jangan ikutkan nafsu dan membeli apa-apa yang kita mahu..tetapi ikutlah kemampuan.
Hari ini eloklah kita menyimpan,menabung untuk masa depan kita..bak kata orang susah-susah dahulu senang-senang kemudian.
Bukan apa..selain dari kita sering berseronok-seronok alangkah baiknya kalau kita berfikir sejenak.
Apa yang kita tinggalkan untuk waris kita nanti..sekiranya allah jemput kita mengadapnya.
Apa terjadi pada kita jika berlaku musibah kemalangan keatas diri kita..adakah saudara mara,sahabat andai dan jiran tetangga yang akan membantu kita.Jika ada bersyukurlah.
Fikirlah...sesungguhnya bila kita susah..tak ada yang sudi bersama kita..bila kita senang ramai juga yang berkongsi tawa dengan kita.
.......oleh itu jangan tunggu lagi..mulai hari ini moh kita berlindung dan menyimpan untuk hari depan , yang tak tahu penghujungnya.cakcibomie@gmail.com.