Thursday, December 18, 2008

Bahasa Melayu dibumi Melayu


Teman ringkaskan pandangan,tak payah mukaddimah,kita terus kepada isi.Isi la yang sedap dan penting kpd kita.Kalau panjang pun tak guna jika dibaca tebuk2...
Kalau pendek sangat pun tak sedap juga..yang baiknya..sedang sedang ajerrr..
Ada cadangan dari pemikiran ahli parlimen kedai kopi yang teman sering berkunjung..berlabun dan menyentuh isu-isu semasa..antara topik bual bicara yang disentuh dan tercuit ialah mengenai bahasa melayu..
Semalam presiden MIC telah membangkitkan mengenai pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa ibunda.

Nampak sangat..orang dah boleh mempermainkan kredibiliti menteri dan juga kerajaan.
Ada juga cadngan supaya Bahasa Melayu didaulatkan dibumi Melayu ini.

Caranya melalui media massa elektronik spt radio dan tv.Semua siaran berita dalam bahasa Melayu.Nyanyian,hiburan dan filem boleh dalam bahasa-bahasa lain.Tiada lagi berita dalam bahasa tamil,mandarin dan inggeris.TV memainkan peranan penting dalam meperjuangkan serta mendaulatkan bahasa Melayu.

Betul juga..di Thailand..semua siaran dalam bahasa thai..termasuk filem hindustan pun dalam bahasa thai.

6 comments:

CIVIC Power said...

Teman sebenarnya kurang arif dalam bahasa. Tapi lebih baik belajar sains dan matematik di bahasa melayukn kembali.
Ibarat kos IT. Walaupun kita lebih senang menyebut "Hard Disk" tapi x salah kita memahaminya sebagai "cakera keras". Nobatkanlah bahasa melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia.

kacaubilau said...

YOP....teman nyokong penuh la bila ada usaha-usaha untuk memertabatkan Bahasa Melayu....teman bukan per....dulu teman dok Johor, kat sane dapat siaran TV Indonesia...ape yang leh teman kate kan Hampir semua program kat Stesen TV indon, di "INDON" kan....dulu2 kat Malaysia ni kita biase tengok siri drama Jepun...cite Oshin di alih bahasakan ke Bahasa Melayu, Ramai minat nengoknye....

Kalau kat INDON, hampir semua cerita,berita,dokumentari yang dikeluarkan di luar INDON (IMPORT) semua dialih bahasa...tak kire le cita cine ke, cita tamil ke, cite orang putih....yang syoknye, cite hindustan pun dalam bahasa INDON...Macam tu jugak dengan bahasa pertuturan deme, semua kaum gune bahasa INDON....yang tu kita leh ambik contoh le macam mane deme memertabatkan bahasa deme....

Macam tu jugak bile teman kat Singapore....Pegawai Imigresen kat sane...kalau jumpe orang Malaysia...mesti deme cakap bahasa Melayu, tak kire le pegawai tu INDIA,CINA @ Melayu...teman penah tanye...kenapa tak guna bahasa inggeris...Jawapan deme cukup tajam....Kalau betul orang Malaysia...mesti tau cakap Melayu, Kalau tak reti, maknenye, orang tu cube menipu......

Orang luar dari Malaysia boleh berpikiran macam tu, tapi Kita sibuk nak ubah2 bahasa IBUNDA kita.....

Pok Li said...

Setuju.bahasa menunjukkan bangsa.Rosak bahasa ,rosaklah bangsa. Rosak bangsa rosaklah negara. Sekarangpun dah hampir rosak....

nEmO said...

susah jugak ye...pasal bahasa ni...mcmnila...suma tu ada pro n cons...apa yg kalian ckp tu suma betul...tp tu la ce pk sejenak...org melayu ni kalo tak di pksa tak menjadi...kalo 100% BM digunakan maka org melayu tertinggal lah jwbnya...apablia B.I juga diguna pakai sekurang0kurangnya org melayu terdedah dgn bahasa antarabangsa.dan serba sedikit boleh ckp BI. walaupun rojak.ini tak bila interview dlm bi org melayu la yg lemah.so bila nak maju.
SENYUM KUCING - MASA STUDY KAT U DULU ADA 2 VERSION LANGUAGE.

GELIgeli said...

terima kasih atas semua pandangan..insya allah segala pansdangan akan teman bawak ke atas..tapi tak tau la ke atas mana

jazrul said...

kita memang sepatutnya nobet bahasa malaysia kita pun


web design