Monday, February 23, 2009

HIDUP DGN 5 PERKARA

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل
1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2: duit yang banyak

3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4 - اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5 -
نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :

kata nabi saw

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Wednesday, February 11, 2009

Kawan-kawan berpolitik


Teman akan cuba mengupas secara pendek,tepat dan tidak meleret.Kerana teman tau ramai kekawan teman yang tak suka membaca yang panjang2.

1.Teman berkawan dan bersaudara dengan orang PKR.

Padan muka PAS..sombong dan ego.Mengapa pula kata teman.PAS dari dulu lagi tak percaya kat PKR.Dulu Pejabat MB org2 PKR boleh dengan bebas..tapi sekarang banyak sekatan.Ketua-ketua kampung semua org2 PAS.Malahan JKKK pun tak ada org PKR.Kalau ada pun boleh dikira.Balak pun semua org PAS yang dapat.Org PKR habuk pun tak ada.EXco PKR buat nampak tak nampak ajer.Bukan ke PAS bekerja utk rakyat kata teman..yer le bekerja utk rakyat PAS.Bukan ke MB bagus..yer memang bagus tapi yang tak bagusnya 2 org dlm pejabat MB.Dema inilah yang mengator segalanya iaitu Misbahul dan Asmawi.

2.Teman berkawan dengan orang yang tak campur politik

Masjid tempat orang beribadat,kalau kedai tempat membeli barang,kalau politik tempat mencari wang...katanyer.

3.Teman berkawan dengan pengulas senario politik Bukit Gantang.

Mufti janganlah diheret dgn politik.Calon BN untuk Bukit Gantang jgn babitkan mufti.Org UMNO nak org tempatan.Org PR nak Mantan MB.Ye betul kalau diambil NIzar..dah tentu menang sebab org akan undi simpati kpd nizar..tapi nik Aziz tak berkenan.Org UMNO kalau pilih org tempatan spt kamaruddin..bekas K.Pemuda..teman setuju sebab kawan teman...tapi boleh ke menang.Kalau nak menang cari calon yang popular..siapa lagi kalau bukan Tan Sri Jins Samsudin..kesian dia dah lama berkecimpung dgn UMNO Bukit Gantang..apa salahnya bagi dia.

4. Teman berkawan dengan orang UMNO

kalau teman sebagai isteri Nizar..dah lama rasa malu..duk rumah orang..dah tak ada jawatan..tapi berlagak sebagai bos nombor wahid.
Dulu masa baru dapat jadi MB..suruh semua org terima qado dan qadar dari allah.Terimalah dia sebagai MB.Tapi sekarang mengapa tidak mahu terima percaturan allah.
Allah membalas secara tunai.Dulu masa dapat jadi MB terus kepung rumah MB dengan pengikut-pengikutnya.Halau tajul rosli keluar.Kesian Tajul...Sekarang UMNO baik..tak halau..tak tergamak buat macam PAS buat..menggunakan agama utk kepentingan diri..sabar..biarlah dia nak berlagak sombong..siap dengan tentera merahnya..unit amal katanya.Sesunguhnya Allah itu maha mengetahui.

5. Teman berkawan dengan orang PAS

Kita perlu sokong pAS..sebab PAS sokong Islam..teman kata..org UMNO pun Islam gak..lalu dijawabnya..Islam tapi tak Beriman...
Masya allah..mana kita tahu tahap keimanan seseorang itu..apakah iman DS Anwar Ibrahim..sehingga Karpal suruh bertaubat.Iman bukannya terletak pada besarnya lilitan serban,putihnya lebai dikepala...walaupun berseluar jeans tapi kita masih lagi boleh menunaikan solat.

Tuesday, February 10, 2009

KARPAL SING TERUS BERANI


Teman agak lewat membuat respons berkenaan apa-apa yang telah berlaku di Kuala Kangsar dan juga mengenai politik semasa dan juga ragam manusia.Teman sebenonya..tak berapa minat untuk mengcuit isu politik.Tetapi bila memandangkan banyak rakan-rakan yang mengombok,yang memanaskan untuk teman terjun ke dunia politik ini.Memberi pandangan yang mengelikan,mengeletek dan juga membuka minda secara bergurau,kritikan panas dan pandangan yang lain dari yang lain.
Banyak sms saya terima yang mahukan agar teman segera memberi sedikit pandangan berkenaan isu tersebut.Isu apa..isu mengenai karpal sing menyaman Sultan Perak.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata beliau tetap akan meneruskan rancangannya untuk menyaman Sultan Perak, kerana menurutnya, tindakan itu tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang.
Katanya, beliau sedia didakwa di mahkamah sekiranya tindakannya itu tidak mengikut lunas undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Kuala Lumpur, Karpal juga berkata beliau tidak akan memohon maaf kerana menganggap rancangannya untuk menyaman Sultan Azlan Shah bukan berupa penghinaan atau mencabar kedaulatan sultan.
"Selepas tahun 1993, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan satu mahkamah khas ditubuhkan di mana secara jelas menyatakan raja-raja dan sultan boleh dibawa ke mahkamah," katanya. Bernama melaporkan bagaimanapun beliau tidak menyebut bila beliau akan mengemukakan saman itu.

Ini jelas menunjukkan bawawa karpal seorang individu ingin membawa kes ke mahkamah yang membabitkan DYMM Sultan.Maka berkumpullah ribuan manusia untuk bersama mempertahankan Duli Tuanku..teman berpikio..karpal seorng kita ribuan..tapi karpal terus berani..dan berani..walaupun ribuan yang bersorak,berkumpul dipadang,diluar mahkamah..sanggup mati..dan berani..berani..

Tapi mana dia..seorang rakyat malaysia..ataupun seorang melayu yang berani bertempur dengan karpal di mahkamah..membela istitusi diraja..tidak perlu ribuan..tapi cukup sekadar seorang cuma..orang melayu yang bergelar pejuang..peguam dan tanpa mengira apa2 ganjaran..bertikam lidah dengan karpal dimahkamah.Kerana karpal juga telah mencabar kewibawaan orang melayu..
Ini bukti menunjukkan bahawa kita berani apabila ramai..dan orang kita banyak yang menjadi loyo buruk.

Tapi mana dia..dukun dan pawang yang pandai bersantau,ilmu tuju dan sebagainya..mengapa tidak digunakan untuk menyantau karpal..mengapa hanya digunakan untuk menyantau pengoreng pisang,peniaga air batu dsbnya.

Cukup rasanya untuk mengelikan kome-kome..

Tuesday, February 3, 2009

Batu Permata bagi seorang lelaki


Bagi seorang lelaki,antara perhiasan yang sering diguna pakai dijari adalah cincin.Cincin merupakan hiasan baik dijari tangan kanan ataupun kiri.Ada juga yang memakainya di jari hantu,manis dan telunjuk.Berbagai batu permata digunakan.Selain dari batu ada juga yang menggunakan bahan dari kayu.
Selain dari hiasan ada juga yang mengunakan batu permata sebagai salah satu medium untuk pelbagai guna yang boleh dikategorikan sebagai misteri nusantara.
Teman pernah dengo..penjual batu cincin yang mengatakan batu ini telah diisi dengan ayat-ayat,ada khadam disampingnya,ada aura pemanis,penunduk,pengasih,dsbnya.
Maka terjual lah batu itu dengan harga yang cukup tinggi.Semasa teman ke Terengganu,..teman sempat meluangkan masa ke Pasar Payang yang terkenal dengan jualan kain batik terengganu.Disebelah Pasar Payang di belakang jualan buah-buah terdapat pasar pagi yang menjual batu permata.Pelbagai jenis,warna dan cantik-cantik.Bingkainya atau rumahnya ataupun sarang semuanya dibuat dari perak.Asli kata penjualnya.Yang hebatnya..teman tanyalah satu cincin..berapa harganya..memang cantik..penjual tu kata RM 500..teman letak balik..tanya yg lain..RM 700..letak lagi tanya yang lain..RM 1000..letak lagi tanya yang lain..RM 2000..letak dan tanya yang lain..RM 6000..huuuu..sempat ler jari manis teman ni bersarung dengan cincin yang berharga RM 6000.00 selama tak sampai 1 minit.Teman..tertanya..tempat yang serupa ini..dikaki lima..terjual batu permata,cincin yang berharga ribuan ringgt.Ade ke pembelinya..dan jika ada siapa pembelinya...
Benarlah kata pujangga bahawa...Tiap sesuatu yang diciptakan Allah meliputi segala yang ada dilangit dan dibumi, dari sesuatu yang bersaiz hanya sebesar zarah hingga kepada yang menggunung tinggi, dari setiap sesuatu yang menghuni di perut bumi juga yang wujud didalam lautan luas, dari apa-apa yang terzahir juga yang tersembunyi, dan dari apa-apa saja yang ada didalam ilmu pegentahuan manusia serta diluar pegentahuan manusia, semuanya tidak sia-sia penciptaannya disisi Allah. Termasuklah juga kelebihan yang ada pada penciptaan batu-batu dan permata

Wednesday, January 28, 2009

Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah disambut sederhana


SULTAN Perak Sultan Azlan Shah telah memberi perkenan agar sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda yang genap 25 tahun pada 3 Feb ini diadakan secara sederhana kerana baginda peka kepada keadaan ekonomi semasa.

Acara sambutan bertumpu kepada yang memperlihatkan sifat kesyukuran kepada Illahi; pentingnya pendidikan dan pelajaran; hubungan mesra dengan rakyat; penghargaan kepada individu yang banyak berjasa dan memberi khidmat setia kepada baginda; menghargai semangat hubungan antara Raja-Raja, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri dan pimpinan kerajaan persekutuan; serta menghargai perkhidmatan setia pasukan pertahanan dan keselamatan negara yang telah menunjukkan sikap pengorbanan dan taat setia yang tinggi kepada Raja dan Negara, demikian menurut Pejabat Sultan Perak Darul Ridzuan dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Acara sambutan yang memenuhi tema-tema tersebut dan diperkenan baginda adalah majlis kesyukuran bacaan Yasin dan tahlil di Majlis Ubudiah, Kuala Kangsar pada 2 Feb, dan istiadat kawalan kehormatan di perkarangan Istana Iskandariah pada 3 Feb.

Pada hari yang sama satu istiadat mempersembahkan ucapan dan taat setia dan istiadat pengurniaan khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 penerima akan turut diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah.

Pada sebelah petangnya, majlis pelancaran setem memperingati Jubli Perak dan pemeran setem akan diadakan di Dewan Bandaran, Ipoh.

Baginda berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Arena Square, Batu Gajah, pada petang 10 Feb sebagai tanda ingatan baginda kepada tempat asal keputeraan dan persekolahan awal baginda di bandar itu.

Baginda juga akan berangkat ke Hari Anugerah Cemerlang Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), yang merupakan "alma mater" baginda.

Majlis Santapan Diraja akan diadakan di Dewan Santapan, Istana Iskandariah pada malam 14 Feb diikuti dengan Majlis Santapan Beradat Pasukan Beruniform di Dewan Khatulistiwa, Wisma Samudera, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada 21 Feb.

"Atas kepekaan baginda untuk tidak membebankan kerajaan, perbelanjaan untuk majlis kesyukuran, darjah kebesaran, majlis Santapan DiRaja dan Majlis Santapan Beradat akan dibiayai oleh Keluarga DiRaja," demikian menurut kenyataan itu.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Raja-raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri dan Sultan Brunei Darussalam dijangka berangkat ke majlis tersebut.

Yang turut diundang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datin Seri Jeanne Abdullah serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Sultan Azlan Shah, yang menaiki takhta pada 3 Feb 1984, merupakan Sultan Perak ke-34 dan antara empat Sultan yang bersemayam di takhta kerajaan mencecah 25 tahun.

Mengikut sejarah Kesultanan Perak, Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua memerintah selama 28 tahun (1549-1577), Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-11 memerintah selama 67 tahun (1653-1720) dan Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah I, Sultan Perak ke-29 memerintah selama 29 tahun (1887-1916).

Menurut kenyataan itu, majlis, surau dan rumah-rumah ibadat digalakkan menganjurkan acara agama berunsur kesyukuran.

"Sebagai lambang kesih sayang dan kesetiaan kepada Sultan, rakyat Perak digalak mengibarkan bendera negeri, terutamanya pada 3 Feb dan bendera persekutuan dan negeri pada 14 dan 15 Feb," kata kenyataan itu.

Tuesday, January 27, 2009

Kasih dan Cinta mengalahkan semuanya.........






Semalam teman menerima email dari seorang sahabat dialam maya..

Tuhan itu maha adil dan maha penyayang, Kisah seorang suami isteri dalam keluarga yang sangat sederhana, melihat tubuh suaminya yang gagah dan perkasa serta sempurna sifatnya,jauh berbeza dengan isterinya yang mempunyai kelainan,dimana wanita tersebut tidak mempunyai kaki sama sekali malahan dari hujung kaki hingga ujung paha bahkan wanita itu tidak memiliki sama sekali pinggul (bagian dari pangkal paha hingga batas pinggang), jadi sulit skali bila duduk karena tida memiliki alas dibawah pinggang dsbnya.,
Tapi kebesaran Tuhan ., wanita tersebut memiliki suami yang cukup gagah,hensem,menawan dan masih muda serta cukup sempurna.
Mengasihi seorang wanita yang mempunyai cacat fizikal dibahagian bawah. mereka sekarang dikurniakan dua orang anak yang sangat sempurna dan lucu sekali.

Wednesday, January 21, 2009

Menyambung kata semangat OTAI


Otai berkata.."itulah kt dah ajar kita...kalau nak jadi yb kenalah suka senyum dan dakap pengundi. bukan kita saja... anak bini kita pun kena buat macam tuuu...umno kini tergugat bukan zon selesa lagi. maka perlu change dalam lakonan kita dengan pengundi...jangan jadi hero sombong dan angkuh!!!!!"
Teman cukup bersetuju dengan pandangan ini.
UMNO mesti berubah dan menerima hakikat bahawa rakyat dan mulai kureng dgn UMNO.Mereka bukan menolak UMNO tetapi menolak pemimpin UMNO.
UMNO telah hilang taringnya..oleh itu UMNO perlu mencari kembali taring yang hilang.
Cuba kita lihat mengapa dulu UMNO disukai oleh orang ramai.UMNO menjadi pilihan utama.Dan kini..PAS dan PKR menjadi pilihan.MENGAPA ?.Apa kekuatan parti ini.
Kalau dilihat pada kuatnya pokok adalah kerana akarnya.Kemana condongnya dahan begitu juga arah tuju akarnya.
PAS dan PKR menjadi pilihan ialah kerana mereka parti rakyat.Parti orang kampung.Parti yang boleh menerima orang kampung.Orang kampung yang saling beramah mesra.guraunya macam nak gaduh,selokanya sampai menangis,bertepuk bahu,menyingsing lengan,bergotong royong,mengali kubur,sedih bersama..
Amalan inilah yang membuatkan UMNO dahulu menjadi pilihan.Semua melayu ingin bersama UMNO dan inilah taring UMNO..
Tapi kini..UMNO telah menjadi golongan elit..partai vip..tawa mereka dikalangan korporat,vip..senda mereka mentertawakan golongan marhain,kenduri di swastakan,menjenguk sekadar saat cuma,masa dihabis di meja mesy,bergelak ketawa di kedai kopi..surau masjid dijauhi..mengunakan wang untuk naik ,berkereta besar dan isteri besar..dan macam-macam lagi.
Rakyat memilih parti yang dekat dengan mereka..mudah mengadu..mereka tidak mengharapkan wang..yang mereka mahu budibahasa..macam duludulu..parti orang kampung.
Bak kata hj hadi..kita bukannya menolak pembangunan tetapi kita menolak UMNO..
walaubagaimanapun teman tetap UMNO..sekadar ahli.