Tuesday, February 3, 2009

Batu Permata bagi seorang lelaki


Bagi seorang lelaki,antara perhiasan yang sering diguna pakai dijari adalah cincin.Cincin merupakan hiasan baik dijari tangan kanan ataupun kiri.Ada juga yang memakainya di jari hantu,manis dan telunjuk.Berbagai batu permata digunakan.Selain dari batu ada juga yang menggunakan bahan dari kayu.
Selain dari hiasan ada juga yang mengunakan batu permata sebagai salah satu medium untuk pelbagai guna yang boleh dikategorikan sebagai misteri nusantara.
Teman pernah dengo..penjual batu cincin yang mengatakan batu ini telah diisi dengan ayat-ayat,ada khadam disampingnya,ada aura pemanis,penunduk,pengasih,dsbnya.
Maka terjual lah batu itu dengan harga yang cukup tinggi.Semasa teman ke Terengganu,..teman sempat meluangkan masa ke Pasar Payang yang terkenal dengan jualan kain batik terengganu.Disebelah Pasar Payang di belakang jualan buah-buah terdapat pasar pagi yang menjual batu permata.Pelbagai jenis,warna dan cantik-cantik.Bingkainya atau rumahnya ataupun sarang semuanya dibuat dari perak.Asli kata penjualnya.Yang hebatnya..teman tanyalah satu cincin..berapa harganya..memang cantik..penjual tu kata RM 500..teman letak balik..tanya yg lain..RM 700..letak lagi tanya yang lain..RM 1000..letak lagi tanya yang lain..RM 2000..letak dan tanya yang lain..RM 6000..huuuu..sempat ler jari manis teman ni bersarung dengan cincin yang berharga RM 6000.00 selama tak sampai 1 minit.Teman..tertanya..tempat yang serupa ini..dikaki lima..terjual batu permata,cincin yang berharga ribuan ringgt.Ade ke pembelinya..dan jika ada siapa pembelinya...
Benarlah kata pujangga bahawa...Tiap sesuatu yang diciptakan Allah meliputi segala yang ada dilangit dan dibumi, dari sesuatu yang bersaiz hanya sebesar zarah hingga kepada yang menggunung tinggi, dari setiap sesuatu yang menghuni di perut bumi juga yang wujud didalam lautan luas, dari apa-apa yang terzahir juga yang tersembunyi, dan dari apa-apa saja yang ada didalam ilmu pegentahuan manusia serta diluar pegentahuan manusia, semuanya tidak sia-sia penciptaannya disisi Allah. Termasuklah juga kelebihan yang ada pada penciptaan batu-batu dan permata

4 comments:

CIVIC Power said...

Teman nak komen ni tuan

Err nak percaya susah, tidak pun payah. Khadam dan sbginya tuh ada juge teman dengor. Allah Maha Mencipta dan Mengetahui

Anonymous said...

Yang penting kalau nak ke jamban jgn pakai cincin hehe...lagi satu kalau nak mengguli tepung nak buat roti canai ke capati ke...jgn le pakai cincin yek..

jejakaterang said...

jangan le terpedaya ngan tukang jual cincin tepi jalan ni,bukan apa selalunya banyak bohong dari tipu.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

nizar tu gila betul

ade ke kuasa sultan hanya lantik mb?

buang mb... sultan tak ada kuasa ke?

rakyat pilih dia jadi wakil rakyat....sultan pilih dia jadi mb.
nizar ni tak lulus ilmu hisab ke?