Wednesday, January 21, 2009

Menyambung kata semangat OTAI


Otai berkata.."itulah kt dah ajar kita...kalau nak jadi yb kenalah suka senyum dan dakap pengundi. bukan kita saja... anak bini kita pun kena buat macam tuuu...umno kini tergugat bukan zon selesa lagi. maka perlu change dalam lakonan kita dengan pengundi...jangan jadi hero sombong dan angkuh!!!!!"
Teman cukup bersetuju dengan pandangan ini.
UMNO mesti berubah dan menerima hakikat bahawa rakyat dan mulai kureng dgn UMNO.Mereka bukan menolak UMNO tetapi menolak pemimpin UMNO.
UMNO telah hilang taringnya..oleh itu UMNO perlu mencari kembali taring yang hilang.
Cuba kita lihat mengapa dulu UMNO disukai oleh orang ramai.UMNO menjadi pilihan utama.Dan kini..PAS dan PKR menjadi pilihan.MENGAPA ?.Apa kekuatan parti ini.
Kalau dilihat pada kuatnya pokok adalah kerana akarnya.Kemana condongnya dahan begitu juga arah tuju akarnya.
PAS dan PKR menjadi pilihan ialah kerana mereka parti rakyat.Parti orang kampung.Parti yang boleh menerima orang kampung.Orang kampung yang saling beramah mesra.guraunya macam nak gaduh,selokanya sampai menangis,bertepuk bahu,menyingsing lengan,bergotong royong,mengali kubur,sedih bersama..
Amalan inilah yang membuatkan UMNO dahulu menjadi pilihan.Semua melayu ingin bersama UMNO dan inilah taring UMNO..
Tapi kini..UMNO telah menjadi golongan elit..partai vip..tawa mereka dikalangan korporat,vip..senda mereka mentertawakan golongan marhain,kenduri di swastakan,menjenguk sekadar saat cuma,masa dihabis di meja mesy,bergelak ketawa di kedai kopi..surau masjid dijauhi..mengunakan wang untuk naik ,berkereta besar dan isteri besar..dan macam-macam lagi.
Rakyat memilih parti yang dekat dengan mereka..mudah mengadu..mereka tidak mengharapkan wang..yang mereka mahu budibahasa..macam duludulu..parti orang kampung.
Bak kata hj hadi..kita bukannya menolak pembangunan tetapi kita menolak UMNO..
walaubagaimanapun teman tetap UMNO..sekadar ahli.

4 comments:

CIVIC Power said...

Begitulah yang dikifirkan oleh orang muda mcam teman. Tidak kira apa pun parti, yang suka dampingi biarlah YB yang dok kedai kopi dari YB x pernah nak jengah kami.
Bila nak pilihanraya baru nak tunjuk diri. Apalah nasibbbbb.

jejakaterang said...

den setuju gak tang kau kato umno perlu berubah cumo tang maso untuk orang yang mengundi ni kono boto kan sikit.eKau kalau dah pogang jawatn dalam kerajaan.jadi ADUN,kono lak jadi EXCO satu negori kau nak jago.ado ko maso nak melepak kek kodai kopi?tu bolom kiro aktiviti pusat laii.PAS,PKR tak naik dulu bulih la buek.dah jadi pemerintah ompek negori apo jadi.orang banjir pun kato tak perlu dio turun sobab membazir

CIVIC Power said...

Mcam TG Nik Aziz, ada je jadi imam solat. Kdg2 tuan jejaka.. x semua yang difikirkan tuan itu benar dan x semua yang difikirkan kami ini salah. Nak paksa org sokong x boleh.. nti diri sendiri kene paksa. Beware!

CIVIC Power said...

Teman mungkin tidak sepandai tuan jejaka, tapi teman tidak bodoh juge. Generasi macam teman banyak da berevolusi, dan masa akan datang juga akan merevolusi generasi lain. Walaupun tuan sokong.. tapi tidak pula dimata kami yang melihat sendiri. Wassallam!