Friday, January 2, 2009

Melangkah ke tahun 2009

Tahun 2008 telah selamat di tinggalkan dengan seribu kenangan manis,masam,kelat,pahit dan tawar.
Tahun 2008 cukup bertuah bagi teman..sebagai seorang marhain dan hamba kepada tuhan yang satu.
Teman cukup bersyukur kerana dilimpahi berbagai nikmat yang dianugerahkan.Mungkin juga teman menumpah tuah pada angka 8(pa) yang membawa maksud kaya bagi kepercayaan cina.Tapi teman idak ler percaya..tapi sekadar kebetulan ianya membawa tuah kepada diri teman ini.
Antara yang teman rasa cukup bertuah ialah :
1.teman dikurniakan cahayamata ke3,yang merupakan hero bagi teman setelah pertama dan keduanya puteri.
2.teman masuk rumah baru..walaupun tidak setaraf banglo.Sekadar rumah mesra rakyat.
3.teman dinaikkan pangkat..kanan..menumpang rezeki anak2.
4.dicalonkan untuk anugerah angkasapuri..tapi tidakla berjaya..
5.teman naik pangkat tapi tidak ditukarkan..itupun anugerah juga..
sebenarnya..banyak lagi..tapi tak sempat nak tulis..sebab ada pangilan...
Yang menyedihkan pada tahun 2009 ini..ialah teman tak dapat menyaksikan kedua anak-anakku ke sekolah tanpa ayahnya.Ayahnya berkhidmat untuk negara,bangsa dan agama.
Kesian pada ayong dan angah..

5 comments:

CIVIC Power said...

Syukur atas nikmat tuhan yng dikurniakan kepada kita.
sihat adalah kurniaan yg tidak terhingga dariNYA.
Selamat Tahun Baru 2009, semoga tahun ini membawa lebih banyak lagi rezeki dan kelebihan kepada kita.

sueyaniemc said...

Emmmm banyaknya kurniaan atau rezeki mike tahun 2008. Tahniah, tahniah... tapi mike lupa, terpilih untuk ke PR Kuala Terengganu juga rezeki tahun 2008 tau (tak semua orang terpilih)... Apa yang penting mike menjalankan tugas demi negara tercinta.... Semoga Tahun 2009 akan membawa rezeki yang lebih kepada mike....

Pok Li said...

Tahniah kerana rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Moga-moga bersyukur atas kurniaan Allah yang tidak terkira bilangannya.

Unknown said...

blog JAV yang glamer www.adik4ever.co.cc

CIVIC Power said...

to geli2..

Semoga berjaya selalu