Thursday, June 11, 2009

OKU BUKAN PENGHALANG BERTEMU JODOH


Firdaus Norahim anak jati Kg Guar,Manong,merupakan OKU yang istimewa semenjak lahir,berusia 28th bertemu jodoh dengan pasangan pilihannya Nur Beti Mohd Kalam,26dari Sg Petani Kedah juga merupakan OKU.Mereka dikatakan mula bercinta semenjak berkenalan di Pusat pemulihan OKU,Cheras,Kuala Lumpur.
Firdaus merupakan seorang yang rajin serta ringgan tulang dan disukai oleh penduduk Kampung Guar.Beliau mengusahakan pertanian dan berniaga sayur-sayur kampung terutamanya di Pekan Jumaat yang merupakan pekan sehari bagi penduduk Manong.Di Kampung Guar nama Firdaus tidak popular kerana di kampung namanya dipanggil sebagai Wan.Mengikut sejarahnya nama Firdaus tidak serasi dan keluarganya menukar namanya kepada Ridzuan.Perkahwinannya telah diraikan oleh penduduk kampung melalui JKKK.
Perkahwinan Wan juga telah keluar dalam surat khabar utusan pda hari isnin 8 jun 2009 m/s16.
Teman turut sama meraikan majlis ini..malah turut sama bermain rebana mengarak pengantin.

1 comment:

Pok Li said...

ada kah masih sesuai dipanggil OKU, jika kahwin masih mampu memperolehi cahaya mata.he he he