Wednesday, May 6, 2009

Satu Belia Satu Malaysia


Belia merupakan aset penting dalam membangunkan negara.Belia sebagai nadi.Hari ini belia terlampau aktif dengan "merempit".Sana sini heboh memperkatakan mengenai "mat rempit".Berbagai cadangan,hukuman,denda dan kaedah dimajukan.Semua pihak menuding jari.Ada yang kata salah ibubapa,salah kawan,salah masyarakat dan akhirnya salah kerajaan.

Betul ke salah mereka ini,bak kata org sebusuk-busuk petai,dibuat ulam,dimakan juga.

Saranan JBS untuk menubuhkan 1 komuniti ataupun 1 kampung 1 belia haruslah diambil perhatian.Pemimpin tempatan ataupun pemimpin peringkat kampung haruslah peka dan menubuhkan persatuan belia.Dengan adanya persatuan belia,banyak aktiviti yang berfaedah boleh dilaksanakan.Tetapi dengan syarat belia itu aktif.

Berlabun mengenai minat belia sekarang ini.Teman dapat lihat bahawa belia tidak gemar mengikuti pertubuhan.Belia lebih suka berborak di CC bersama dengan rakan-rakan facebook,tagged,dsbnya.

1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

semua main SATU yop. payah le gamaknya kalau nak dua... macam 2malaysia ke atau 2bini... hahaha. pandai ds najib ni... semuanya SATU ataupun ONE.

kalau satu kereta atau motor... tak leh gilir lah yop