Wednesday, July 27, 2011

PEMUDA GUAR GEMILANG-SENTUHAN TERAKHIR


Program sukaneka bersama warga kampung.Disinilah dalam ucapan ini,teman telah istiharkan perletakan jawatan sebagai pengerusi belia setelah hampir 15th menerajui persatuan belia.
Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat serta semua jawatankuasa yang telah bersama.Terima kasih.

Wednesday, May 11, 2011

hari ibu mengingatkan aku pada arwah mak

setahun berlalu....Sepi. Pilu. Sebak. Bagaikan segala pergerakan terhenti. Saya hanya mampu menarik nafas, cuba mententeramkan diri. Tidak perlu lagi saya bertanya, apa sakit mak, bila mak meninggal, di mana mak menghembuskan nafas terakhir..alfatihah.

Friday, April 1, 2011

ahli keluargaku dah bertambah


pada 7 mac yang lalu..isteriku telah selamat melahirkan anak lelaki.satu lagi anugerah allah yang merupakan amanah allah kepada ku.Kini anakku telah menjadi 4 orang 2 perempuan,2 lelaki.Aku berikan namanya Mohamad syamil setelah berbincang dengan 2 orang anakku yang sulung dan yang tengah.Semoga ianya menjadi sinar serta cemerlang baik di dunia mahupun diakhirat nanti.

Sunday, December 5, 2010

kembali dah

dah lama menghilang..mood dah hilang..mungkin lepas ini boleh aktif kembali..

Tuesday, December 15, 2009

Bekas Pelajar SMK Sultan Tajul Ariffin Manong.

MAKLUMAT AWAL MENGENAI PENUBUHAN ”ALUMNI SEMESTA MANONG”

Pada 15 disember 2009,selasa,telah diadakan mesyuarat ajk penubuhan persatuan “alumni semesta manong” yang dipengerusikan oleh Sdra Azizul Rahim b Abd Rahman.
Turut hadir ialah Pengerusi PIBG SMSTA,Tn Hj Yat.

AJK terdiri dari lepasan tahun 70an yang ramai.Teman sahaja yang muda rasanya.
Dimana tahun 1985 teman tingkatan satu dan 1989 tingakat 5.
Antara aktiviti yang dirancang ialah pengumpulan guru-guru tahun 70an hingga 1990 dan pengumpulan pelajar tahun tersebut.

Satu majlis akan diadakan sempena dengan hari guru tahun 2010.Jamuan makan malam akan diadakan dan bagi pelajar dikenakan bayaran RM10.00 untuk tabungan dan derma kepada PIBG.

Kepada sesiapa yang pernah belajar di SEKOLAH MENENGAH SULTAN TAJUL ARIFFIN,MANONG boleh memberi maklumbalas kepada teman dan sekiranya mengetahui lokasi guru-guru kita juga adalah sangat-sangat dialukan.
Terimakasih.

Tuesday, September 1, 2009

dah lama...x masuk..


Teman dah lama tak join blog nie..nak kata sibuk..sibuk jugak..tapi sebenonya tak dan,berkejo sana sini...bulan pose ni rasaenya dan lah pulak.
Lagi satu..semangat pun dah kureng..nak menaip,memerah otak dan sebagainya..semangat nak berblog dah tawar.
Tapi bila boring tu..gatal tangan la jugak..hehee

Thursday, June 11, 2009

OKU BUKAN PENGHALANG BERTEMU JODOH


Firdaus Norahim anak jati Kg Guar,Manong,merupakan OKU yang istimewa semenjak lahir,berusia 28th bertemu jodoh dengan pasangan pilihannya Nur Beti Mohd Kalam,26dari Sg Petani Kedah juga merupakan OKU.Mereka dikatakan mula bercinta semenjak berkenalan di Pusat pemulihan OKU,Cheras,Kuala Lumpur.
Firdaus merupakan seorang yang rajin serta ringgan tulang dan disukai oleh penduduk Kampung Guar.Beliau mengusahakan pertanian dan berniaga sayur-sayur kampung terutamanya di Pekan Jumaat yang merupakan pekan sehari bagi penduduk Manong.Di Kampung Guar nama Firdaus tidak popular kerana di kampung namanya dipanggil sebagai Wan.Mengikut sejarahnya nama Firdaus tidak serasi dan keluarganya menukar namanya kepada Ridzuan.Perkahwinannya telah diraikan oleh penduduk kampung melalui JKKK.
Perkahwinan Wan juga telah keluar dalam surat khabar utusan pda hari isnin 8 jun 2009 m/s16.
Teman turut sama meraikan majlis ini..malah turut sama bermain rebana mengarak pengantin.